Friday, September 14, 2007

Vermikompos - baja kompos

Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu lagi cara baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Aktiviti ini dapat menjana pendapatan sampingan dan tambahan kepada petani. Aktiviti ini hanya melibatkan penggunaan bahan buangan pertanian dari sisa ladang seperti jerami padi, batang jagung, hampas kelapa sawit atau bahan-bahan pertanian terbuang yang separuh reput dan sesuai di campur dengan najis haiwan seperti tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam yang usang sebagai bahan makanan kepada cacing tanah yang diternak.

Baja kompos berkualiti yang akan diperkenalkan adalah vermikompos. Ianya adalah bahan organik hasil dari campuran vermicast iaitu tahi cacing yang dikeluarkan selepas memakan sisa bahan tumbuhan dengan najis haiwan tadi dengan tinggalan reputan bahan organik proses pereputan sepenuhnya oleh mikrob. yang tidak sempat dimakan oleh cacing tetapi mengalami

Komponen vermicast yang terbentuk dari aggregat-aggregat kecil yang disatukan oleh sebatian organik polisakarida dapat memperbaiki struktur tanah dan mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh jutaan mikrob yang terdapat dalam perut cacing.

Campuran vermicast dengan kompos hasil dari reputan bahan organik oleh mikroorganisma disahkan kaya dengan humus dan unsur-unsur pemakanan seperti nitrogen, kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan boron serta mengandungi 1000 kali-ganda mikrob lebih dari tanah biasa. Antara bakteria-bakteria yang didapati dalam vermikompos ini adalah aerobik dan ‘nitrogen liberating bacteria’, Lactobacillus sp. (penguraian bahan organik), Pseudomonas sp. terutama P. aeruginosa (mengeluar hormon dan enzim untuk pembesaran pokok), Alkaligenes sp., Azobacter sp. (pengikat nitrogen kepada nitrit), Aktinomisit sp. dan lain-lain. Hasil daripada penyelidikan di Canada, New Zealand dan Amerika Syarikat menunjukkan penggunaan vermikompos pada tanaman boleh menambah hasil tanaman dari 70% hingga 300%.

No comments: