Monday, September 17, 2007

PISANG MENGURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI


Pisang masak segar mengandungi 70% air, 27% karbohidrat, 1.2 protein, 0.3% lemak dan 0.5% serat, di samping vitamin B dan C serta sedikit vitamin A. Lain-lain kandungan pisang ialah seperti kalium, tiamina, riboflavin, niasin, kalsium, magnesium dan fosforus. Justeru itu pisang amat sesuai untuk diet kerana kandungan lemak, garam dan kolestrolnya yang rendah.

Satu kajian yang dijalan oleh para doktor di India mendapati, dengan memakan dua biji pisang sehari selama seminggu, seseorang yang mengalami tekanan darah tinggi dapat menurunkan kadar tekanannya sebanyak 10%.

Tekanan darah tinggi disebabkan terlalau banyak kandungan garam di dalam tubuh badan. Dengan menjadikan pisang sebagai makanan sampingan, kesan tekanan boleh dikurangkan kerana pisang mengandungi banyak potassium yang boleh membantu mengurangkan garam di dalam badan.

Di samping sesuai untuk makanan awal bayi, pisang juga dikatakan boleh mengelakkan dari penyakit ulser dalam perut. Justeru itu tidak hairanlah jika Yayasan Pemakanan British pernah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi: “Tidak ada makanan yang mempunyai nilai pengubatan yang luar biasa seperti pisang, di mana kehebatannya terasa jika dimakan berserta sayur-sayuran setiap hari.

Selain kehebatan buahnya, cecair yang terdapat pada buah dan akar boleh dijadikan sebagai penawar untuk sakit kulit terutamanya pecah-pecah pada kaki dan penawar sakit gigi. Sementara akar pisang yang dilumatkan pula boleh dijadikan demah pada bengkak-bengkak dan bisul bagi mempercepatkan keluar nanah.

Jantung pisang boleh dibuat kerabu atau penyecah sambil, tetapi jantung pisang serendah dan embun amat pahit untuk dimakan. Jantung pisang juga boleh direbus bersama gula batu bagi penawar demam panas. Bagaimanpun pengidap lelah atau asma dinasihatkan jangan memakan jatung pisang.

No comments: