Tuesday, September 25, 2007

Bayam

Bayam (Amaranthus spp.) adalah satu daripada beberapa jenis sayur-sayuran berdaun yang popular dan ditanam dengan meluas di Malaysia. Ada beberapa jenis bayam yang tergolong di bawah keluarga Amaranthaceae ini. Jenis bayam yang popular ialah bayam hijau dan bayam merah.

Bayam ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Batang - Licin, banyak cabang, berwarna hijau atau

kemerahan.

Daun - Bentuk bulat atau bujur. Berwarna hijau

atau kemerahan.

Bunga - Hermafrodit, berwarna putih kekuningan,

berbentuk spike.

Benih - Berwarna hitam berkilat, berbentuk bulat dan kecil. Berat 1000 biji benih ialah lebih kurang 0.3 g.

Bayam hijau (Amaranthus viridis) Ada dua jenis bayam hijau iaitu jenis hijau bulat dan hijau bujur. Kedua-dua jenis bayam ini mempunyai ciri bentuk daun yang berlainan. Jenis hijau bulat mempunyai daun bulat dan satu lagi bentuk bujur dan tirus. Selain daripada bentuk daun, ciri-ciri yang lain adalah serupa.

Bayam merah (Amaranthus gangeticus L.) Daun bayam merah ini berbentuk bulat dan berwarna kemerahan di bahagian tepi dan tengah daun.

No comments: