Wednesday, September 12, 2007

SKIM AKREDITASI LADANG MALAYSIA (SALM)

Objektif

Satu skim persijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian untuk memberi pengiktirafan kepada ladang – ladang yang mengamalkan amalan pertanian yang baik berkonsepkan mesra alam sekitar dan menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan.

Proses Akreditasi

Proses untuk persijilan dan akreditasi melibatkan kerja-kerja pemprosesan permohonan, pemeriksaan ladang dan kawasan, verifikasi amalan ladang, analisis hasil ladang, penilaian dan kelulusan oleh Jawatankuasa dan seterusnya pendaftaran dan persijilan.

Pelaksanaan

Lawatan keladang akan dijalankan oleh pegawai – pegawai pemeriksa yang dilantik berasaskan maklumat yang diperolehi mengenai ladang tersebut serta amalan-amalan yang diikuti dan dinilai berpandukan standard dan garispanduan yang telah ditetapkan. Tiga aspek penilaian akan diberi tumpuan untuk tujuan akreditasi iaitu:

i. Kesesuaian ladang dan persekitaran,

ii. Amalan pertanian yang dilaksanakan, dan

iii. Kualiti produk yang dihasilkan.

Lawatan keladang akan dijalankan oleh pegawai – pegawai pemeriksa yang dilantik berasaskan maklumat yang diperolehi mengenai ladang tersebut serta amalan-amalan yang diikuti dan dinilai berpandukan standard dan garispanduan yang telah ditetapkan. Tiga aspek penilaian akan diberi tumpuan untuk tujuan akreditasi iaitu:

i. Kesesuaian ladang dan persekitaran

Penilaian mengenai kesesuaian ladang dan persekitaran mengambilkira lokasi, hakmilik dan sejarah gunatanah, kesesuaian tanah dan tanaman serta risiko ladang kepada persekitaran.

ii. Amalan pertanian yang baik

Amalan pertanian yang baik mengambilkira pengurusan tanah dan substrat, penggunaan bahan tanaman dan input, pengurusan pembajaan dan kawalan perosak, pengendalian lepastuai, pengurusan dan pembuangan sisa ladang , penggredan, pembungkusan dan perlabelan serta kebajikan dan kemudahan pekerja.

iii. Kualiti Produk

Produk-produk yang dikeluarkan dari ladang- ladang ini pula hendaklah berkualiti dan selamat untuk dimakan dan yang mempunyai bentuk, rupa dan rasa yang baik serta mengandungi sisabaki racun perosak dan kandungan logam berat dibawah paras yang dibenarkan.

Kesimpulan

Skim Akreditasi Ladang Malaysia melalui pengiktirafan dan penggunaan logo SALM, merupakan program yang boleh memberi kelebihan dalam meningkatkan kualiti keluaran pertanian supaya negara dapat bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa.

No comments: