Monday, September 17, 2007

BELIMBING MANIS GANTI AIR BATU


Belimbing manis ialah sejenis tanaman tradisi yang sering dijadikan sebagai selingan di halaman rumah. Namun kini, setelah penemuan beberapa klon baru belimbing menjadi tanaman ladang dengan nama-nama baru seperti belimbing madu dan sebagainya.

Nama saintifiknya Averrhoa carambola L. dari keluarga Geraniaceae. Belimbing manis mempunyai khasiat untuk merawat demam panas dan cacar air, iaitu sejenis penyakit kulit yang membentuk gelembong-gelembong lutsinar di seluruh badan. Amat merbahaya kerana ia mudah menjangkit terutama di kalangan kanak-kanak.

Caranya ialah dengan menghancur-lumatkan daun yang muda dan ambil airnya. Titiskan perahan air daunnya pada kudis yang terbentuk dari cacar air itu. Lakukan tiga kali sehari pagi dan petang.

Untuk merawat demam panas pula, amalan tradisi menggunakan daun belimbing ini sebagai tuaman pada dahi pesakit, kerana pada zaman dahulu amat sukar mendapatkan air batu.

Caranya ialah dengan mengambil segenggam daun belimbing manis yang segar dan rebus bersama dua gelas air. Setelah mendidih selama lima minit, biarkan ia benar-benar sejuk. Apabila sudah sejuk barulah diambil dan tuamkan pada dahi pesakit dengan menggunakan kain besih. Ia dikatakan dapat menurunkan suhu panas yang dialami oleh pesakit.

No comments: