Friday, September 14, 2007

PENGEKSPORTAN TUMBUH-TUMBUHAN

Perdagangan anatarabangsa dalam bidang pertanian adalah penting supaya dapat
menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Ini hanya tercapai sekiranya komoditi komoditi eksport negara adalah berkualiti, mempunyai tarikan tersendiri dan daya saing di
pasaran antarabangsa. Dalam pada itu Seksyen Fitosanitasi dan Kawalan Eksport, Bahagian
Perlindungan Tanaman Dan Kuarantin Tumbuhan memainkan peranan dalam konteks seperti
berikut:

a. Mempromosi perdagangan dalam tumbuhan dan bahan tumbuhan yang bernilai
komersial.

b. Mengawal keluar-masuk bahan-bahan genetik bertujuan untuk memastikan
penggunaan secara berkekalan sumber “biological diversity” negara;

Dalam usaha untuk memberi perkhidmatan bagi pengeksportan secara lancar aspek
keselamatan kepada industri pertanian samada dalam negara mahupun di luar negara tidak
dikompromikan. Pelaksanaan tanggungjawab ini adalah berpandukan kepada Akta Kuarantin
Tumbuhan 1976, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1998 dan Garis panduan
untuk pelaksanaan Perintah Kastam 1998.

Aspek fitosanitasi harus diberi perhatian dan segala usaha perlu diambil untuk
memastikan semua syarat, khususnya jenis-jenis rawatan yang diperlukan oleh negara
pengimport telah dipatuhi sebelum sijil fitosanitasi dikeluarkan. Langkah-langkah ini adalah
penting bagi memastikan tumbuh-tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang dieksport adalah
bebas dari perosak berbahaya.

No comments: