Wednesday, September 12, 2007

Perosak Vertebrit

1. Tikus

Tikus belukar ( Rattus tiomanicus ) dan tikus sawah ( Rattus argentiventer ) dari keluarga Muridae adalah jenis yang menyerang tanaman buah-buahan.

Kawalan :

  • Memasang jerat, perangkap, bubu untuk menangkap tikus
  • Mengumpan tikus dengan racun tikus antikoagulan contoh brodifacoum atau warfarin jika kerosakan tikus melebihi 5 % ( berdasarkan penilaian kerosakan yang dibuat ke atas 10% daripada keluasan tanaman ). Satu ketul umpan berlilin diletakkan di pangkal pokok dan selangkan 5 pokok sebelum meletakkan umpan yang berikutnya. Biasanya perlu 4 kali pengumpanan untuk satu musim.
  • Menggunakan burung pungguk jelapang untuk mengawal tikus. Ini boleh dilaksanakan jika ada burung pungguk dan kotak sarang pungguk di ladang yang berhampiran. Berikutan itu, penggunaan umpan tikus yang beracun perlu dikurangkan kepada sekali semusim sahaja.
  • Menjaga kebersihan kebun daripada semak supaya tikus tidak bersarang

2. Tupai

Tupai aktif pada waktu siang dan jenis yang kerap menyerang tanaman buah- buahan ialah tupai merah ( Callosciurus notatus ) dari keluarga Sciuridae.

Kawalan :

  • Memasang jerat, perangkap, bubu untuk menangkap tupai
  • Menembak berjaya tetapi memerlukan belanja yang tinggi
  • Mengumpan tupai dengan racun tikus antikoagulan contoh brodifacoum atau warfarin jika kerosakan buah melebihi 5 % ( berdasarkan penilaian kerosakan yang dibuat ke atas 10% daripada keluasan tanaman ). Satu ketul umpan berlilin diletakkan di pangkal pokok dan selangkan 5 pokok sebelum meletakkan umpan yang berikutnya. Biasanya perlu 4 kali pengumpanan untuk satu musim.
  • Sebagai pilihan gunakan 1 bahagian racun tikus warfarin dengan 19 kacang tanah atau jagung yang digoreng dan diletakkan pada bekas umpan daripada tin atau buluh. Letakkan 1-2 meter daripada tanah di atas pokok dan buatkan 25-50 tempat umpan setiap hektar.

3. Musang

Musang aktif pada waktu malam dan jenis yang kerap menyerak tanaman buah-buahan ialah musang pulut (Paradoxurus hermaphroditus) dan musang akar ( Actogalidia trivigata ) dari keluarga Viverridae.

Kawalan :

· Menggunakan perangkap dengan umpan buah masak

4. Kera

Kera (Macaca fascicularis) dan lotong ( Presbytis cristata) dari keluarga Cercopithecidae.

Kawalan :

· Kera dan lotong adalah haiwan yang dilindungi oleh Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara. Kejadian haiwan ini perlu dilaporkan kepada Jabatan tersebut yang terdekat sekali bagi membolehkan pemasangan perangkap atau operasi memburu dilaksanakan.

· Memasang pagar zink untuk mengelak monyet memanjat.

· Menyembur sekeliling ladang menggunakan racun berbau busuk seperti racun Malathion.

· Memasang pagar elektrik

5.

Kelawar

Terdapat beberapa jenis kelawar yang menjadi masalah kepada tanaman iaitu Eunycteris dan Magroglossus minimus.

Kawalan :

· Menggunakan jaring di sekeliling kawasan ladang

· Bat repellent (pencegah) dengan menggunakan Naftalena

· Menggunakan frekuensi bunyi yang tinggi seperti Wisel.

· Menggunakan cahaya yang terang di sekitar ladang.

· Menyediakan rumah perangkap ( rumah gelap )

6. Babi Hutan

Babi hutan banyak membiak di sekitar perkampungan terutama sekali terdapat tanah-tanah yang semak dan terbiar.

Kawalan :

· Musnahkan tempat pembiakan dengan membersihkan tanah-tanah terbiar

· Mengadakan operasi memburu dan menembak dengan bantuan PERHILITAN dan RELA.

· Membina parit di sekeliling ladang seluas 4 kaki.

· Memasang pagar plastik berwarna putih atau warna lain supaya babi hutan tidak nampak kawasan penanaman.

· Memasang ‘Pest Guard’ pada pangkal pokok.

· Memasang pagar elektrik di sekeliling kebun.

No comments: