Monday, September 17, 2007

BAWANG PUTIH MERENDAHKAN TEKANAN DARAH


Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum Linn dari keluarga Liliaceae mempunyai kehebatan yang tersendiri dalam sejarah perubatan taradisi. Tidak hairanlah jika ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan berbagai bangsa sejak 5000 tahun yang lalu bagi mendapatkan khasiatnya di samping jadi resipi.

Bawang putih mengandungi unsur antibiotik yang dapat membersihkan sistem tubuh dan mencecah pelbagai penyaki, terutamanya untuk membuang angin dalam badan dan membantu penghadaman serta melegakan sakit reumatik. Jika dimakan mentah dapat membantu merawat asma, artritis, selesema, jangkitan sinus dan sakit tekak.

Rencana oleh Hadijah Hassan (Agromedia Bil.1, 1997, terbitan Mardi) menyebutkan bahawa bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah sakit jantung.

Kandungan allicin dalam bawang putih mampu mencegah tumor dengan mencegah pembiakan sel-selnya. Ia juga mengurangkan tahap kolesterol di samping memperbaiki aliran darah dan merendahkan tekanan darah.

Bawang putih juga mengandungi dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan. Namun di samping khasiatnya, ia mempunyai bau yang tajam. Kandungan asid amino bersulfur menyebabkan bau mulut dan badan yang tidak menyenangkan

No comments: