Monday, November 12, 2007

Pemeliharaan Lebah

Epikultura ialah sains pemeliharaan lebah yang mana kini merupakan satu perusahaan yang maju di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Russia, Argentina, Kanada, Turki dan Sepanyol. Kebanyakkan pengetahuan tentang pemeliharaan lebah tropika adalah diperolehi dari kawasa-kawasan tropika Amerika, Afrika dan India. Kini, keadaan semakin cerah ke arah kemajuan perusahaan lebah di kawasan tropika setanding dengan kawasa-kawasan yang berhawa sederhana.

Pemeliharaan lebah boleh dijalankan di Malaysia bagi menambahkan pendapatan para petani di samping aktiviti-aktiviti pertanian yang lain. Madu bunga dan debunga boleh didapati sepanjang tahun dan oleh kerana wujudnya lebah tempatan iaitu Apis Cerana, maka adalah amat perlu untuk menggalakkan para petani memelihara lebah sebagai satu aktiviti sambilan.

Tuesday, September 25, 2007

Kailan


Kailan merupakan sejenis sayur daun yang bernilai sederhana tinggi dan digemari ramai. Ia dipercayai berasal dari kawasan Mediteranean, tetapi kini ditanam di kebanyakan negeri beriklim tropika dan sederhana. Di Semenanjung Malaysia, kawasan pengeluar utama kailan ialah Johor diikuti oleh Melaka, Perak dan Pulau Pinang.

Kailan mengandungi zat makanan seperti di dalam Jadual 2. Di antara zat makanan yang banyak terdapat pada kailan ialah kalsium, kalium dan carotene.
Bahagian kailan yang dimasak atau digoreng ialah batang, daun dan pucuk. Kailan boleh juga dimakan dari peringkat pokok muda sebagai baby kailan ataupun di peringkat hampir berbunga. Bagaimanapun, ia lazimnya dimakan di peringkat sebelum berbunga

Kailan adalah sejenis tanaman herba semusim yang tumbuh sehingga 40 cm tinggi di peringkat vegetatif dan boleh tumbuh sehingga semeter di peringkat berbunga. Semua bahagian vegetatif adalah glabrous dan glaucous. Lain-lain ciri pokok kailan adalah seperti berikut:

(i) Akar - Sistem akar adalah daripada jenis akar tunjang dengan abang-cabang akar yang kukuh.

(ii) Batang - Jenis tunggal, berwarna hijau kebiruan dan bercabang tirus di bahagian atas batang.

(iii) Daun - Daunnya adalah tebal, berselang, keras dan berpetiolate. Warna daun hijau kebiruan bentuk bujur telur.

(iv) Bunga - Di hujung batang 30 - 40 cm panjang dengan pedisel 1 - 2 cm panjang, bunga berwarna putih

Bayam

Bayam (Amaranthus spp.) adalah satu daripada beberapa jenis sayur-sayuran berdaun yang popular dan ditanam dengan meluas di Malaysia. Ada beberapa jenis bayam yang tergolong di bawah keluarga Amaranthaceae ini. Jenis bayam yang popular ialah bayam hijau dan bayam merah.

Bayam ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Batang - Licin, banyak cabang, berwarna hijau atau

kemerahan.

Daun - Bentuk bulat atau bujur. Berwarna hijau

atau kemerahan.

Bunga - Hermafrodit, berwarna putih kekuningan,

berbentuk spike.

Benih - Berwarna hitam berkilat, berbentuk bulat dan kecil. Berat 1000 biji benih ialah lebih kurang 0.3 g.

Bayam hijau (Amaranthus viridis) Ada dua jenis bayam hijau iaitu jenis hijau bulat dan hijau bujur. Kedua-dua jenis bayam ini mempunyai ciri bentuk daun yang berlainan. Jenis hijau bulat mempunyai daun bulat dan satu lagi bentuk bujur dan tirus. Selain daripada bentuk daun, ciri-ciri yang lain adalah serupa.

Bayam merah (Amaranthus gangeticus L.) Daun bayam merah ini berbentuk bulat dan berwarna kemerahan di bahagian tepi dan tengah daun.

TANAMAN LONGAN


Perkataan longan berasal dari bahasa Cina yang bermaksud Mata Naga (Dragon's eye). Ini adalah kerana isinya tebal dan bijinya bersaiz agak besar dan berwarna hitam berkilat. Ia dikatakan berasal dari negeri China. Walaubagaimanapun boleh dikatakan di setiap negara Asia mempunyai kultivar longan yang tersendiri.

Isi buah longan boleh dimakan segar ,dikeringkan atau ditinkan. Bagi masyarakat Cina ia dikatakan mempunyai khasiatperubatan. Negara pengeluar utama longan adalah China, Thailand ,Taiwan , dan Vietnam.

Longan (Dimocarpus longan Lour)adalah sejenis buah-buahan "arilloid" (di mana isinya meliputi biji) adalah daripada keluarga Sapindaceae, sama seperti rambutan dan laici. Ia boleh didapati serata Asia dan mempunyai kualiti buah yang berbeza-beza

Pembajaan

Ada 2 peringkat pembajaan iaitu:

Pembajaan Peringkat Belum Matang

Padaperingkat belum matang,gabungan baja organik dan baja bukan organik digunakan. Baja organik seperti najis haiwan disyorkan pada kadar 10kg/pk/thn dengan kekerapan 3-4 kali /tahun ditambah dengan baja bukan organikseperti 15:15:15dengan kadar 1-4 kg/tahun.

Pembajaan Peringkat Matang

Pembajaan bagi pokok dewasa (reproduktif) adalah untuk manipulasipembentukan jambak bunga, pembentukan buah dan pembentukan pucuk baru(vegetative growth) selepas kutipan hasil. Walaubagaimanapun keadaan pokoksemasa perlu diberi perhatian di dalam pengurusan pembajaan.



Teknologi Penanaman Anggur

Pendahuluan

Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis. Tapak penanaman hendaklah mempunyai saliran yang baik dan keasidan tanah antara 5.5-7.5

1. JENIS

JENAMA

TEMPOH MATANG

WARNA MASAK

New White Malaga

7 - 9 Bulan

Hijau

Green Perliet

9 - 12 Bulan

Hijau

Black Opal

9 - 12 Bulan

Hitam Biru

I.A.C

7 - 9 Bulan

Hijau

Kyoho

7 - 9 Bulan

Merah Tua

2. BENIH TANAMAN

Pokok boleh dibiakkan dengan jayanya secara keratan tetapi bahan tanaman in didapati tidak boleh disimpan lama dalam beg plastik. Anak pokok hendaklah ditanam dalam tempoh 3 bulan.

3. PENANAMAN

Jarak bagi tanaman ini ialah 1.5m x 3m. Setiap lubang pokok dimasukkan 4kg baja Organik beserta dengan baja CIRP sebanyak 115gm.

4. PENGURUSAN

Untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik, pokok-pokok anggur perlu dijaga dengan baik. Antaranya ialah:

Kawalan Musuh dan Penyakit
Semburan racun serangga, racun kulat dan baja daun dilakukan tiap-tiap minggu untuk mencegah serangan seperti kumbang. PEnyakit seperti Karat Daun dan Hawar Daun juga dicegah melalui racun kulat menakala baja daun menambah kesegaran kepada pokok anggur. Beberapa jenis penyakit telah dikenal pasti menyerang anggur dan cara pengawalannya yang paling berkesan adalah seperti berikut:

Antraknos
Penyakit ini menyerang pucuk, daun dan buah. Racun kulat yang sesuai ialah Benlate.

Karat
Menyerang daun dan buah anggur. Antara racun kulat yang berkesan untuk mengawal penyakit ini ialah Bayleton.

Kulapok Downy
Menyerang pucuk, daun, tendril bunga dan buah. Ridomil dan Mikal didapati berkesan bagi mengawal penyakit ini.

Pembajaan
Bagi memulihkan kesuburan tanah untuk tumbesaran pokok yang baik, pembajaan perlu dilakukan tiap-tiap bulan.
Program pembajaan seperti berikut adalah disyorkan:

UMUR (BULAN)

BAJA / POKOK / BULAN

3 - 6

20g urea + 20g 15:15:15

7 - 9

50g urea + 40g 15:15:15

10 - 11

100g urea + 80g 15:15:15

12 - 15

130g urea + 130g 15:15:15

16 - 24

300g 12:12:17:2 + TE

24

300g 12:12:17:2 + TE

Selain dari pembajaan bulanan baja organik juga perlu digunakan tiap-tiap kali selepas pemangkasan dibuat. Kadar yang digunakan bergantung kepada jenis tanah. Semasa berbunga dan awal berbuah penyuburan baja, semburan racun kulat dan serangga perlu dilakukan.

Penyiraman
Siraman pokok dilakukan tiap-tiap hari jika tiada hujan. Kekurangan air menyebabkan pokok menjadi layu dan terbantut.

Merumput
Rumput yang tumbuh perlu dihapuskan dengan menggunakan mesin. Adalah penting racun rumpai tidak digunakan semasa pokok-pokok masih kecil.

Pembuangan Tunas Sisi
Tunas sisi perlu dibuang untuk mendapatkan pertumbuhan batang pokok yang tegak dan sekata. Selain dari tunas sisi dibuang untuk mempercepatkan tumbesaran pucuk dan dahan-dahan pucuk.

Penyediaan Para
Para diperlukan supaya pokok dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil serta memudahkan penjagaan pokok keseluruhannya. Para juga hendaklah dibuat dari bahan yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Cantasan Untuk Pengeluaran Cabang / Ranting
Cabang / ranting yang belum matang (masih hijau) perlu dipotong untuk memperbanyakkan cabang dan seterusnya apabila matang dapat mengeluarkan bunga. Caranya ialah dengan memotong 3-4 buku cabang / ranting tersebut. Apabila matang cantasan untuk pengeluaran buah bolehkan dilaksanakan.

Cantasan Untuk Berbuah
Cabang / ranting yang menjalar di para penyokong boleh dicantas untuk menggalakkan pembungaan. Potong 5-8 dahan yang telah matang untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Potong semua daun yang terdapat pada pokok-pokok anggur tersebut. Selepas 2-3 minggu bunga akan keluar pada dahan yang telah dipotong bersama dengan tunas baru.

Perladangan organik

Satu sistem pengeluaran yang mengelakkan dari penggunaan bahan-bahan sintetik kimia seperti baja, racun perosak kimia dan growth regulator.

Pengusaha mengambil langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan memelihara biodiversiti(flora dan fauna)

Selain dari mengelak menggunakan input pengeluaran kimia sintetik(baja, bahan kawalan perosak dan penyakit, hormon dsb.), the cosmic and spiritual forces are employed untuk menghalang serangan perosak dan penyakit untuk mendapatkan hasil tanaman yang tinggi.

INPUT PENGELUARAN

Bahan Baja

(Untuk Pertumbuhan dan Penghasilan tanaman)

  • Kompos
  • Tahi Ayam
  • Sisa Tanaman
  • Tanaman Kekacang
  • Green-manure
  • Baja Organik

Skim organic malaysia

Satu program pensijilan untuk mengiktiraf pemilik ladang yang mengusaha tanaman mengikut keperluan-keperluan piawaian (standard) organik negara.

Peserta skim yang berjaya dianugerahkan sijil rasmi dan dibenarkan mempamerkan logo ORGANIK MALAYSIA pada produk

Monday, September 17, 2007

BAWANG PUTIH MERENDAHKAN TEKANAN DARAH


Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum Linn dari keluarga Liliaceae mempunyai kehebatan yang tersendiri dalam sejarah perubatan taradisi. Tidak hairanlah jika ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan berbagai bangsa sejak 5000 tahun yang lalu bagi mendapatkan khasiatnya di samping jadi resipi.

Bawang putih mengandungi unsur antibiotik yang dapat membersihkan sistem tubuh dan mencecah pelbagai penyaki, terutamanya untuk membuang angin dalam badan dan membantu penghadaman serta melegakan sakit reumatik. Jika dimakan mentah dapat membantu merawat asma, artritis, selesema, jangkitan sinus dan sakit tekak.

Rencana oleh Hadijah Hassan (Agromedia Bil.1, 1997, terbitan Mardi) menyebutkan bahawa bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, antibarah dan mencegah sakit jantung.

Kandungan allicin dalam bawang putih mampu mencegah tumor dengan mencegah pembiakan sel-selnya. Ia juga mengurangkan tahap kolesterol di samping memperbaiki aliran darah dan merendahkan tekanan darah.

Bawang putih juga mengandungi dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan. Namun di samping khasiatnya, ia mempunyai bau yang tajam. Kandungan asid amino bersulfur menyebabkan bau mulut dan badan yang tidak menyenangkan