Tuesday, September 25, 2007

Teknologi Penanaman Anggur

Pendahuluan

Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis. Tapak penanaman hendaklah mempunyai saliran yang baik dan keasidan tanah antara 5.5-7.5

1. JENIS

JENAMA

TEMPOH MATANG

WARNA MASAK

New White Malaga

7 - 9 Bulan

Hijau

Green Perliet

9 - 12 Bulan

Hijau

Black Opal

9 - 12 Bulan

Hitam Biru

I.A.C

7 - 9 Bulan

Hijau

Kyoho

7 - 9 Bulan

Merah Tua

2. BENIH TANAMAN

Pokok boleh dibiakkan dengan jayanya secara keratan tetapi bahan tanaman in didapati tidak boleh disimpan lama dalam beg plastik. Anak pokok hendaklah ditanam dalam tempoh 3 bulan.

3. PENANAMAN

Jarak bagi tanaman ini ialah 1.5m x 3m. Setiap lubang pokok dimasukkan 4kg baja Organik beserta dengan baja CIRP sebanyak 115gm.

4. PENGURUSAN

Untuk tumbesaran dan pengeluaran hasil yang baik, pokok-pokok anggur perlu dijaga dengan baik. Antaranya ialah:

Kawalan Musuh dan Penyakit
Semburan racun serangga, racun kulat dan baja daun dilakukan tiap-tiap minggu untuk mencegah serangan seperti kumbang. PEnyakit seperti Karat Daun dan Hawar Daun juga dicegah melalui racun kulat menakala baja daun menambah kesegaran kepada pokok anggur. Beberapa jenis penyakit telah dikenal pasti menyerang anggur dan cara pengawalannya yang paling berkesan adalah seperti berikut:

Antraknos
Penyakit ini menyerang pucuk, daun dan buah. Racun kulat yang sesuai ialah Benlate.

Karat
Menyerang daun dan buah anggur. Antara racun kulat yang berkesan untuk mengawal penyakit ini ialah Bayleton.

Kulapok Downy
Menyerang pucuk, daun, tendril bunga dan buah. Ridomil dan Mikal didapati berkesan bagi mengawal penyakit ini.

Pembajaan
Bagi memulihkan kesuburan tanah untuk tumbesaran pokok yang baik, pembajaan perlu dilakukan tiap-tiap bulan.
Program pembajaan seperti berikut adalah disyorkan:

UMUR (BULAN)

BAJA / POKOK / BULAN

3 - 6

20g urea + 20g 15:15:15

7 - 9

50g urea + 40g 15:15:15

10 - 11

100g urea + 80g 15:15:15

12 - 15

130g urea + 130g 15:15:15

16 - 24

300g 12:12:17:2 + TE

24

300g 12:12:17:2 + TE

Selain dari pembajaan bulanan baja organik juga perlu digunakan tiap-tiap kali selepas pemangkasan dibuat. Kadar yang digunakan bergantung kepada jenis tanah. Semasa berbunga dan awal berbuah penyuburan baja, semburan racun kulat dan serangga perlu dilakukan.

Penyiraman
Siraman pokok dilakukan tiap-tiap hari jika tiada hujan. Kekurangan air menyebabkan pokok menjadi layu dan terbantut.

Merumput
Rumput yang tumbuh perlu dihapuskan dengan menggunakan mesin. Adalah penting racun rumpai tidak digunakan semasa pokok-pokok masih kecil.

Pembuangan Tunas Sisi
Tunas sisi perlu dibuang untuk mendapatkan pertumbuhan batang pokok yang tegak dan sekata. Selain dari tunas sisi dibuang untuk mempercepatkan tumbesaran pucuk dan dahan-dahan pucuk.

Penyediaan Para
Para diperlukan supaya pokok dapat menjalar dan memudahkan pengeluaran hasil serta memudahkan penjagaan pokok keseluruhannya. Para juga hendaklah dibuat dari bahan yang tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Cantasan Untuk Pengeluaran Cabang / Ranting
Cabang / ranting yang belum matang (masih hijau) perlu dipotong untuk memperbanyakkan cabang dan seterusnya apabila matang dapat mengeluarkan bunga. Caranya ialah dengan memotong 3-4 buku cabang / ranting tersebut. Apabila matang cantasan untuk pengeluaran buah bolehkan dilaksanakan.

Cantasan Untuk Berbuah
Cabang / ranting yang menjalar di para penyokong boleh dicantas untuk menggalakkan pembungaan. Potong 5-8 dahan yang telah matang untuk menggalakkan pengeluaran bunga. Potong semua daun yang terdapat pada pokok-pokok anggur tersebut. Selepas 2-3 minggu bunga akan keluar pada dahan yang telah dipotong bersama dengan tunas baru.

3 comments:

Admin VLE FROG SMK Tok Janggut said...

Cantasan Untuk Pengeluaran Cabang / Ranting

kalau kita nak membentuk caang, kita kena buang semua dahan hijau? biar tinggal dahan yg berwarna coklat saja?
pokok saya baru setinggi 6kaki dan menjalar sekurang2nya 3kaki atas para
dahan yg bewarna coklat baru 5 kaki..yg lain hijau lagi

isa said...

akum,
boleh tolong bagi contoh racun serangga yang sesuai untuk anggur

intan said...

saya menghadapi masalah karat di belakang daun anggur. Walaupun pokok anggur saya subur selepas dipangkas tapi karat daun itu datang semula. Adakah racun benlate tu sesuai.